Tuesday, June 7

7 Tips Supaya Boyfriend Cepat Masuk Meminang Anda

assalamualaikumm semuaa,,ekyn nak share satu topic yg baik pnyer kpd sesiape yg sygg giler ++ kat boyfie dy kn, n nak jdi kn boyfie ye idop dan mati dye lah kn . xtwu lah btol ke x, tp ekyn nak share this as a topic. hhee. sumber drpd tulisan biru dlm FB ~cantik ke hodoh ke ,yg penting saye ade yg sayang ~
kalu blom like page tu, sile lah like oke , :)


sblom ekyn mmbebel dgn lbih bnyk, jom ite bace , 


Setiap pasangan yang bercinta pastinya mempuyai impian untuk berakhir dengan perkahwinan. Begitu juga dengan anda, betul tak?

Salah-satu masalah yang sering saya dengar ialah salah-satu pihak pasangan masih belum bersedia malah satu pihak lagi memang dah beria-ia nak mulakan hidup berumahtangga. Majoriti pihak yang sering memberi 1001 alasan untuk menangguhkan lagi hasrat murni untuk mengikat tali perkahwinan ini ialah kaum lelaki.

Sering kita terjumpa kes ini. Si girlfriend memang banyak kali dah terdetik dalam hati, “Bila la boyfriend kesayangan aku nak masuk meminang aku ni”.
Adakah anda salah-seorang yang menghadapi dilema ini?

Usah risau, dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan bersama anda beberapa tips yang boleh anda cuba ikut dan lakukan bagi mempercepatkan lagi ‘proses’ teman lelaki anda untuk masuk meminang anda. 
  • TIPS 1: Puji pasangan anda. Ringan-ringankan mulut anda untuk sentiasa memuji dan kagumi teman lelaki anda. Nytakan anda sukakan sifat-sifatnya dan dirinya. Katakan juga dialah pasangan anda yang terbaik dalam hidup serta buat diri anda yang boleh membimbing dan memberi kebahagiaan kepada anda.
  • TIPS 2: Beri sokongan 110% kepada kerjaya atau kerja yang diceburi oleh teman lelaki anda. Ini boleh menaikkan lagi semangat dirinya untuk cepat-cepat mendirikan rumahtangga bersama anda kerana dia tahu anda yakin dengan dirinya. Ingat, kejayaan pasangan anda adalah kejayaan buat diri anda juga. Anda harus bersedia berkongsi hidup dan dari segi kerjaya bersama. Sekurang-kurangnya nyatakan yang anda memang boleh terima kerjaya dia.
  • TIPS 3: Tunjukkan minat yang mendalam perkara -perkara tentang perkahwinan. Anda boleh bincangkan perkara berkaitan rumahtangga, beri pendapat dan sebagainya. Satu teknik yang mudah untuk anda lakukan ialah berkongsi artikel-artikel berkaitan perkahwinan yang anda baca di blog-blog (Blog KursusPerkahwinancontohnya) atau majalah-majalah berkaitan perkahwinan.
  • TIPS 4: Ambil berat tentang diri pasangan anda. Sayangilah dia sepenuh hati anda, rela berkorban apa sahaja dari segi masa, tenaga dan wang ringgit. Prihatin terhadap segala aspek diri pasangan anda. Jika anda lihat dia agak sedikit tidak bersemangat, naikkan motivasi diri dia.
  • TIPS 5: Cari peluang untuk menjemput teman lelaki ke rumah anda untuk bertemu dengan ahli keluarga anda. Jika keluarga anda ada membuat sebarang majlis keramaian seperti majlis hari jadi, kenduri-kendara, Mother’s Day atau Father’s Day dan sebagainya. Ini boleh menunjukkan yang anda semakin serius dan yakin untuk mendirikan rumahtangga. Selain itu, boleh lah anda merapatkan lagi hubungan teman lelaki anda bersama keluarga anda.
  • TIPS 6: Sekali-sekala berborak mengenai perancangan perkahwinan anda atau pelan jangka masa panjang anda dalam membina keluarga. Ini boleh membuatkan hatinya tersentuh dan akan menambahkan lagi minatnya ingin berumahtangga bersama anda.
  • TIPS 7: Tujukkan diri anda kepada teman lelaki anda yang anda memang benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan seterusnya sebagai seroang bakal ibu kelak. Pamerkan sifat-sifat diri anda yang penyayang, matang, bijak membuat keputusan serta boleh berdikari.
Semoga dengan tips-tips ini bolehlah mempercepatkan lagi teman lelaki anda mengucapkan kalimat keramat melamar anda untuk menjadi isteri teman sehidup-sematinya. Dalam kata lain, cepat masuk meminang anda .

sudah bace , sila lah like botton kat bwah tu if suke , (:

ringankan jari untuk tekan like ini, terima kasih, sayang awak !

2 comments:

nelly said...

fuyoo ! ni kena tunggu nelly ada bf ..hehehe

ekyn here said...

HAHA,, bile tu agaknyeerr knn .. ngee !~ xD